Thursday, July 24, 2008

Puisi Picis Buat Alam

alam menyepi
tak berbahasa
padaku
menjadi aku
kamus kosong
tak punya kata

hai alam,
apa laku kau?
sudah lelah
meminjam kata-kata
padaku?

diam ingar kau
statik bibirku
hanya kata picis
dapat ku cari
buat sempurnakan
puisi ini.

Tuesday, July 22, 2008

Mari Benci Peanut

Hey kau!
kenapa mendongak
ke langit
kalau diri tak
tinggi mana

kau fikir kau apa?
kau fikir kau siapa?

merebak benci,
marah
melihat langkah
sumbang kau itu

sudahlah,
usah kau
menabur lagak
di tanah sini
yang bukan
milik kau

pergi,
terbang,
hilangkan jejakmu
padam semua

pergi,
terbang,
terbanglah
bersama "scholarsip"
kau itu.

bila cinta n oma bergabung..jadi la puisi ini..puas

Ayuh! Bantu Aku Tangkap Rama-Rama

rama-rama itu cantek
seperti pelangi mencelak
warnanya pada rama-rama
ayuh bantu aku
tangkap rama-rama

rama-rama itu indah
seperti dipinjam
pepari sayapnya
biar terbang
membawa tarian
bersama
ayuh bantu aku
tangkap rama-rama

rama-rama itu suka 'flutter'
hati tertari
mengikut iramanya
seperti jari
yang menari
memetik gitar
menggubah lagu
buat alam

aku suka rama-rama
ayuh! bantu aku
tangkap rama-rama.


mari kita pergi tangkap rama-rama :)

Friday, July 11, 2008

Bisikan Pada Bidadari

perlu ke zahirkan sedih
baru kau sedar
perlu ke lihatkan pilu
baru kau kasihan
perlu ke semua itu?

aku tau aku tak sempurna
seperti rama-rama kau

tp,aku juga insan
meski kerdil
punya hati
meski pekak
bisa dengar
meski buta
boleh lihat

aku canggung
dengan tingkahmu
wahai bidadari

dengarkanlah bisikan
orang bisu ini
aku mau secebis kasih
punya kau.


aku sayang kamu bidadari <3

Wednesday, July 9, 2008

Tanya Hati

apa ada pada cinta?
semua ingin
memiliknya

bahagia,janji
sedih,pasti

ey hati,apa kata kau?
mahu kau punya cinta?

hati mengangguk mahu
seperti manusia lain

aku mahu cinta itu
tulus
sejati

tp pasti
kau tak bisa cengeng
pacakkan kakimu ke tanah
agar tak tumbang

tatang cinta kau
seperti kau pelihara hatinya
genggam janjinya
biar tak terbang

harus kau ingat
bila terjaga
dari mimpi indah itu
usah kau luluh
menyepi.


mula ingat nak letak tajuk picisan..tp setelah ku faham maksud picisan..haish..x jadi da..:(

Tuesday, July 8, 2008

Hari Indah

hari ini indah
aku duduk situ
bersama rama-rama
angin turut menari
menggigal bersama

aku dengar bahasamu angin
hati tersenyum
mendengar melodi
yang kau dendangkan

diri terapung
bahagia
detik itu

terima kasih tuhan
kau kirimkan angin
merawat hati.

Sepi

kosong
hati seperti
ingin berkata sesuatu
tak terluah

jiwa melankolik
memikirkan matahari

sunyi
sepi
sendiri

dapat ku rasa
terhenti semua
seakan melayan
sepiku

awan bersembunyi
aku sendiri lagi.


puisi ini ku tulis sebelum tidur semalam..ilham dari tuhan yang ku zahirkan dengan kata-kata

Monday, July 7, 2008

Surat Buat Bintang

bintang,
hati menangis
merintih
bila kau lari
ke bulan

aku sedih bintang!

bibir pandai mengukir senyum
sedang hati inginkan yang lain

aku benci kau bulan
kau rampas milikku
kau ragut nyawaku bulan
kau sedar tak?

*terdiam

tak ku rela kau pergi bintang
kau berlari pantas
sedang aku
tak dihiraukan
dipulaukan

pandang sini bintang
lihat aku
sayang aku
teman aku

apa kata kau?
apa kau biarkan aku?


buat teman ku bintang,kau tahu siapa kau

Matahari

inginku lepas beban di hati
biar penghuni dunia tahu
aku benci kau matahari!
aku benci kau

hati ini tak kau jaga
kau pijak
kau campak
kau bunuh

tapi,
bisa lagi kau senyum
ketawa
bercanda

kau memang manusia
tak punya hati

aku benci kau matahari!
aku benci kau

inginku campak hati
ke tengah laut
mengapa disayangnya kau?
sedang aku menanggung semua

sudahlah
hentikan lagakmu
tinggalkan sini.


dengarlah matahari,aku benci kau!

Sunday, July 6, 2008

Sahabat

sahabat itu indah
seperti bintang di langit hitam

kalau bisa aja ku milik
jutaan bintang itu
wah..bahagianya!

aku seperti sehelai baju putih
sahabat pula
umpama polkadots
yang menghiasi
baju itu
*tersenyum

sahabat itu umpama bidadari
dari kayangan
yang menghidopkan
duniaku dengan magik

buat sahabat

kau teman hidopku
yang sempurna.

buat sahabat yang setia..kau begitu sempurna :)

Ku Tunggu Cinta

aku bukan haloba
inginkan semua
aku cuma ingin cinta bertatih kembali
memegang tanganku
berjalan bersama
ke arah pelangi itu

cinta..
lihat matahari itu
setia terangi bumi
ku mahu kau tahu
aku juga setia
seperti si matahari

ku tunggu kau cinta
walau seabad
telinga ku pekakkan
badan ku gagahkan

cinta..
ku pasti kita akan bersua lagi
di situ
melayani melodi indah
melodi cinta
yang kita cipta.

Saturday, July 5, 2008

Terdampar Aku Di Situ

ku lelah cinta..
penat..
melayan balada hati..
meraung..
inginkan kau..

nafas makin hilang..
badan makin longlai..
aku rebah..
tak disambut..

terdampar aku di situ..
berteman sepi..
tangan terasa terikat..
kaki terasa ditarik..

diri tiada daya lagi..
terdampar aku di situ..
berteman mati.


aku penat cinta..kapan kau pulang?..

Pembenci

ku lepaskan jeritan ke tengah-tengah langit..
tak ku simpan di peti hati..
takut memakan diri..

aku benci kau..
ya kau!

kau bagiku cuma manusia bertopeng..

apa kau fikir aku kapas..
bisa menyerap segala lakumu..

pergilah kau dengan candamu..
usah bermain di alamku..
pergilah kau.

Buat Si Kau

syg masih..
benci juga..

dulu kau berlari pergi..
sekarang kau datang kembali..

kata kau cintaku..
kata kau rinduku..

buat si kau..
aku bukan patung
yang bisa kau campak ke tepi
dan boleh kau miliki semula..

aku adalah aku..
jiwa kosong tanpa cinta..
tp hidop.

Kisah Tentang Hati

hati terbiasa ada dirimu..
saat kau pergi..
berantakkan hati akhirnya..
awan menangis menemani hati..

tapi hati..
memberontak..
tegar..
masih inginkanmu..

kerna hati belum puas memilikmu
dan dimilikmu..

bagi hati..
kau cintanya.

ku tulis menyampaikan rasa hati yang masih inginkan cinta itu..

Friday, July 4, 2008

Hanya Milikmu

diriku bukan sekadar kekasih gelapmu..

yang berselindung di balik awan..

khabarkan pada dunia aku cinta
mu..

laungkan pada semua aku kekasihmu..

teriakkan pada bulan aku permaisurimu..

biar semua tahu..
aku milikmu..

hanya milikmu.

puisi ini kutulis ketika hati sedang enak melayani melodi indah :)