Sunday, July 6, 2008

Ku Tunggu Cinta

aku bukan haloba
inginkan semua
aku cuma ingin cinta bertatih kembali
memegang tanganku
berjalan bersama
ke arah pelangi itu

cinta..
lihat matahari itu
setia terangi bumi
ku mahu kau tahu
aku juga setia
seperti si matahari

ku tunggu kau cinta
walau seabad
telinga ku pekakkan
badan ku gagahkan

cinta..
ku pasti kita akan bersua lagi
di situ
melayani melodi indah
melodi cinta
yang kita cipta.