Monday, December 1, 2008

buat matahari,buat tuhan



aku cinta kau.aku syg kau.


tp kata kau x ada jodoh.bilaku tanya sayang?jawabnya tidak.seakan memberi kata putus kau mahukan perpisahan.meletak titik pada semua.mungkin benar tuhan x jadikan aku bulan untuk berpasangan dengan matahari segah kau.aku sedar.aku cuma pari2 yg patah sayapnya kerna mengejar cinta kau.pengemis buta barangkali.

payah untuk aku lepaskan kau.tp ku fikir cukup sudah masa yg diperuntukkan tuhan buat aku.
kau milik gadis lain.gadis sana.bukan sekadar aku.cuma dipinjamkan tuhan buat aku.pergilah cari bulan kau.sayang bulan kau.cinta bulan kau.

aku lepas kau lari.aku dah penat.hati merengek masih mahu kau.masih cinta kau.cengeng sekali dengan kau.tp jasad diberi tuhan ini x mampu terus tegar.kaki yag kupaksa terpacak ini makin hilang upayanya.aku rela jatuh tersungkur kerna kau.tp ku fikir sudah cukup.semuanya harus ternoktah.

senyap.
sepi.
.

buat matahari,
terima kasih kerna sudi teman aku hidup.

buat tuhan,
terima kasih kerna tiupkan dia ke sini.ke aku.untuk mengajar aku cinta.